Terma dan Syarat Penyewaan d’Champ Retreat Kontena Stay

1. Tempahan dan Pembayaran
– Tempahan hanya sah setelah pembayaran penuh diterima untuk tempahan bilik.
– Deposit 50% untuk tempahan keseluruhan kawasan. Baki bayaran perlu dijelaskan 14 hari sebelum Tarikh daftar masuk yang dijadualkan.
– Pembayaran boleh dilakukan melalui e-banking seperti di dalam website ini.
– Deposit keselematan akan diambil daripada tetamu sebanyak RM50 (setiap bilik) dan RM300 untuk tempahan keseluruhan kawasan ketika hari daftar masuk dibayar melalui online banking.

2. Pembatalan dan Pemulangan Wang
– Pembatalan yang dibuat 14 hari atau lebih sebelum tarikh daftar masuk yang dijadualkan, tetamu akan menerima bayaran balik daripada jumlah tempahan yang dibuat.
– Pembatalan yang dibuat 7 hari tetapi tidak melebihi 14 hari sebelum tarikh daftar masuk yang dijadualkan, akan dikenakan caj pembatalan sebanyak 20% daripada jumlah kadar tempahan.
– Pembatalan yang dibuat kurang daripada 7 hari ke tarikh daftar masuk yang dijadualkan tetapi tidak lebih daripada 48 jam untuk masa daftar masuk adalah tertakluk kepada caj pembatalan sebanyak 50% daripada jumlah kadar tempahan.
– Pembatalan yang dibuat 48jam atau kurang daripada masa daftar masuk dan tiada kehadiran akan dikenakan caj pembatalan 100% daripada bayaran keseluruhan tempahan.
– Deposit keselamatan akan dipulangkan selepas 1-2 hari selepas check out. Jika didapati ada sebarang kerosakan dan kehilangan barang di dalam kontena stay kami berhak memotong sebahagian daripada deposit keselamatan tersebut dan bakinya akan dipulangkan. Jika barang yang rosak atau hilang melebihi jumlah deposit keselamatan, tuan/puan perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

3. Check-in dan Check-out
– Waktu check-in adalah bermula dari jam 3 petang dan waktu check-out adalah sebelum jam 12 tengahari
– Penyesuaian waktu check-in atau check-out di luar waktu yang ditetapkan perlu dimaklumkan terlebih dahulu dan bergantung kepada keadaan.

4. Tanggungjawab Tetamu
– Tetamu bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan kontena stay sepanjang tempoh sewaan.
– Sebarang kerosakan atau kehilangan barang di kontena stay yang disebabkan oleh tetamu akan menjadi tanggungjawab tetamu untuk menggantikannya.

5. Kapasiti dan Penggunaan
– Kontena Stay hanya boleh diduduki oleh 30-50 orang mengikut kapasiti yang telah ditetapkan.

6. Polisi Larangan
– Dilarang merokok di dalam Kawasan d’Champ Retreat.
– Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
– Dilarang melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau norma kesopanan sepanjang menginap di kontena stay.

7. Keselamatan dan Barangan Peribadi
– Pemilik d’Champ Retreat tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barangan peribadi tetamu.
– Tetamu dinasihatkan untuk menjaga barangan peribadi mereka dengan baik.

8. Keadaan Kecemasan
– Dalam keadaan kecemasan, tetamu perlu segera menghubungi pihak berkuasa tempatan dan memaklumkan kepada pemilik d’Champ Retreat.

9. Perubahan Terma dan Syarat
– Pemilik d’Champ Retreat berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa dengan pemberitahuan awal kepada tetamu yang telah membuat tempahan.

Penerimaan Terma dan Syarat

Dengan membuat tempahan dan pembayaran, tetamu dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat penyewaan kontena stay ini.

Tarikh Kemaskini Terakhir: 11/7/2025

D’Champ Retreat Kontena Stay dikendalikan oleh D CHAMP RETREAT (003723912-H) menggunakan website www.dchampretreat.com.